Cari:
PM Li: Kerjasama Landasan Kereta Api Demi Manfaat Rakyat
2014-12-23 11:11:42 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan-ocha di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam.

Li dalam rundingan itu berkata, kedua-dua pihak telah menandantangani dua perjanjian kerjasama yang melibatkan projek landasan kereta api dan perdagangan hasil pertanian pada 3 hari lalu di Bangkok. China bersedia bekerjasama dengan Thailand agar projek berkenaan dapat dimulakan seawal mungkin demi manfaat rakyat di sepanjang landasan tersebut.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-Thailand. Li berharap kedua-dua pihak terus berusaha untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu.

Beliau turut melahirkan harapan agar perdagangan dua hala mencatat USD 100 bilion pada tahun depan, selain jumlah pelancong yang melawat negara satu sama lain melebihi 5 juta orang pada tahun 2016.

Li turut menekankan bahawa China menganggap hubungan dengan ASEAN sebagai keutamaan dalam diplomasinya dengan negara jiran. China mengalu-alukan pembentukan Komuniti ASEAN yang berteraskan keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya pada tahun depan.

Prayuth pula berkata, pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, kewangan, pelaburan dan sosiobudaya. Thailand mengalu-alukan syarikat China melabur dan menubuhkan kilang di negara itu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China