Cari:
Nazri Cadang Batal Bayaran Visa untuk Pelancong China
2014-12-26 13:53:20 CRI Cetak

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya mengecualikan bayaran visa untuk pelancong China.

Menurut beliau, Malaysia menyasarkan seramai 29.4 juta pelancong asing pada tahun 2015. Angka ini merupakan pertambahan sebanyak 1.4 juta orang berbanding dengan tahun ini. Dalam pada itu, pelancong China adalah antara sasaran utama bagi mencapai matlamat tersebut.

Jelas beliau, pelbagai pendekatan perlu dilakukan bagi menarik lebih banyak pelancong dari China. Hal ini termasuk pembatalan bayaran visa pelancongan.

Menurut laporan akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura sebelum ini, kerajaan Malaysia merancang untuk mengecualikan bayaran visa bagi pelancong China bermula Januari tahun depan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China