Cari:
China dan Malaysia Bekerjasama dalam Pengesahan Makanan Halal
2015-01-28 12:38:56 CRI Cetak

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kawasan Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan Pusat Perdagangan Antarabangsa Malaysia (China) mengadakan rundingan di Putrajaya kelmarin dan mencapai persepakatan mengenai China dan Malaysia akan bekerjasama dalam perkhidmatan pengesahan makanan halal.

Pengarah Pengesahan Halal JAKIM, Puan Hakimah Mohd Yusof menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang mengalu-alukan muslim China melabur di Malaysia. Pengesahan halal bukan sahaja sekadar kepercayaan agama, tetapi lebih kepada jaminan keselamatan makanan dan kesihatan manusia. Menurut beliau, pengesahan makanan halal Malaysia mendapat sambutan baik dalam kalangan negara Islam. Beliau berharap syarikat pengeluar makanan halal kedua-dua negara dapat bekerjasama bagi mencapai kemajuan yang cemerlang.

Ketua Pengelola kawasan Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang Malaysia, Xia Baowen, menyatakan bahawa kerjasama dengan JAKIM akan membuka peluang kepada industri makanan halal China, sekali gus membantu mereka meneroka pasaran antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China