Cari:
Pelajar Universiti Komunikasi China Melawat ke DBP
2015-01-29 09:07:20 CRI Cetak

16 orang pelajar Universiti Komunikasi China Beijing yang membuat lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) pada 21 Januari - 30 Januari 2015, telah dibawa pada 24 Januari 2015 ke Stesen Penyiaran Televisyen, Astro Awani untuk mendedahkan mereka penggunaan bahasa Melayu dalam media penyiaran Malaysia

Dalam rangka lawatan ini, Astro Awani memberi ruang dan peluang pelajar ini melihat sendiri warga kerja media Astro Awani bekerja dalam mengendalikan sesuatu program penyiaran. Pihak Astro juga menemu bual beberapa orang pelajar CUC tentang matlamat mereka mengambil jurusan bahasa Melayu. Pihak Astro Awani turut membuat liputan lawatan ini dan menyiarkannya dalam Buletin Awani. Lawatan para pelajar ini diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka.

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China