Cari:
QZ8501: Kotak Hitam Beri Gambaran Jelas Sebelum Nahas
2015-01-30 17:51:08 CRI Cetak

Laporan awal maklumat daripada perakam data penerbangan atau kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 oleh kumpulan penyiasat Indonesia menunjukkan pesawat itu dikendalikan oleh pembantu juruterbang seorang warga Perancis, sebelum pesawat itu terhempas di Laut Jawa pada bulan lepas.

Ketua penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSC), Mardjono Siswosuwarno berkata, pembantu juruterbang pada kebiasaannya akan duduk di kerusi kanan dalam kokpit pesawat. Kapten yang duduk di kerusi kiri dalam kokpit pesawat bertindak sebagai juruterbang yang memantau keadaan.

Pegawai itu berkata, Kapten Iriyanto, 53, dipercayai mengambil alih kawalan pesawat daripada Plesel apabila pesawat tersebut mula terbang turun naik sebelum terbang ke paras tertinggi secara mendadak.

Ketua NTSC, Tatang Kurniadi berkata, laporan penuh hanya akan disiapkan dalam tempoh antara enam hingga tujuh bulan. (sumber dari Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China