Cari:
Pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Jana Peluang Perniagaan
2015-02-16 15:03:30 CRI Cetak

Sejak gagasan pembangunan Laluan Maritim Abad ke-21 dikeluarkan oleh China pada lebih setahun yang lalu, peluang kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN terus meningkat. Demikian dikatakan oleh Ketua Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning kepada wartawan.

Xu menyatakan bahawa ASEAN merupakan langkah pertama dalam pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Memandangkan ASEAN sedang berusaha menggalakkan pembinaan komuniti ekonomi dan mewujudkan kesalinghubungan, usaha ini memerlukan banyak projek pembinaan infrastruktur. Ini turut menyediakan peluang baharu kepada syarikat pengeluar bahan-bahan binaan, alat elektrik, jentera dan kontraktor projek China yang hendak meneroka pasaran di luar negara. Kebanyakan negara ASEAN kaya dengan sumber alam termasuk sumber pertanian, hasil laut dan perlombongan, dan produk daripada sumber itu boleh diperkenalkan ke pasaran yang lebih luas selepas diproses. Jadi, syarikat China boleh mempertimbangkan membina kilang di sana untuk mengendalikan pemprosesan. Selain itu, ekonomi ASEAN yang berkembang dengan stabil semakin memperkukuh keyakinan syarikat China terhadap pasaran ASEAN.

Serentak itu, bagi usahawan dari negara ASEAN, Xu Ningning menganggap bahawa mereka juga perlu merebut peluang baharu yang dijana daripada pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Kawasan barat laut China mempunyai sumber daging lembu dan kambing, pelabur negara ASEAN boleh mengendalikan pengeluaran makanan halal di sana. Produk berkenaan bukan sahaja boleh memenuhi keperluan pasaran Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam, bahkan boleh terus meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar melalui Malaysia yang mempunyai sijil pengesahan halal bagi pasaran diperingkat antarabangsa. Singapura yang mempunyai teknologi dan mesin yang canggih dalam bidang pemprosesan air kumbahan boleh meneroka pasaran China ketika negara ini membangunkan ekonomi hijau dan urbanisasi. Selain itu, Singapura juga mempunyai teknologi logistik yang tinggi, manakala sektor logistik China sedang berkembang pesat.

Xu Ningning menganggap bahawa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 mampu menggalakkan transformasi dan pembangunan ekonomi China dan juga negara-negara ASEAN. Salah satu sasaran utama pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 adalah untuk menggalakkan kerjasama ekonomi pelbagai negara serantau mengikut trend perkembangan integrasi ekonomi serantau demi keuntungan bersama. China dan ASEAN mempunyai kelebihan kerjasama ekonomi serantau, dan boleh saling melengkapi dalam ekonomi dan perdagangan. Serentak itu, membuka pasaran antara satu sama lain menurut dasar Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah mempermudah transformasi ekonomi masing-masing serta kerjasama antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China