Menjelang Tahun Baharu Cina, Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, Chen Wu, telah mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada perantau China serta rakan-rakan di Asia Tenggara melalui siaran "Suara Teluk Beibu" Radio Antarabangsa China (CRI).
Menurut Chen Wu, dalam tempoh setahun yang lalu, hubungan antara Guangxi dengan pelbagai negara ASEAN semakin erat dan kerjasama dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan baharu.
Guangxi telah menganjurkan Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN ke-11, Forum Kerjasama Teluk Beibu ke-8, berusaha untuk menggalakkan pembangunan kedua-dua taman perindustriaan antara China dengan Malaysia, zon kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Indonesia dan kerjasama ekonomi merentas sempadan China-Vietnam dan menubuhkan pusat kerjasama teknologi
dengan Thailand, Kemboja, Laos dan Myanmar. Jumlah import eksport antara Guangxi dengan ASEAN meningkat 24.9% pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013. Sebagai sempadan dan tingkap dalam kerjasama antara China dengan ASEAN, Guangxi akan berusaha meningkatkan kerjasama dengan ASEAN ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2015.
Chen Wu berharap agar para perantau China dan rakan-rakan dari Asia Tenggara akan terus memberi perhatian dan menyokong pembangunan Guangxi, melawat dan melabur ke Guangxi selain bekerjasama untuk mencipta masa depan yang lebih cemerlang bagi hubungan kedua-dua pihak.