Cari:
Hubungan Malaysia-China Bakal Diperkukuh
2015-02-22 14:21:26 CRI Cetak

Hubungan dua hala antara Malaysia dengan China dijangka diperkukuhkan lagi tahun ini, mengambil "tuah" Tahun Kambing yang dirayakan masyarakat Cina, serta langkah proaktif yang diambil oleh kedua-dua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong (tengah)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, antara langkah yang telah dilaksanakan kerajaan Malaysia termasuk pengecualian bayaran fi visa kepada pelancong-pelancong China untuk melawat ke Malaysia.

Menurut beliau, tahun ini dianggap paling signifikan kerana Perdana Menteri China Li Keqiang dijangka akan melawat Malaysia pada tahun ini. Lawatan itu secara langsung akan memperkukuh lagi hubungan dua hala, sekali gus menarik minat lebih ramai pelancong dari China.

Dalam pada itu, Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang berkata, Beijing menyasarkan sekurang-kurangnya dua juta rakyat negara itu mengunjungi Malaysia tahun ini berbanding hanya 1.7 juta tahun lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China