Cari:
Pelancongan Laluan Laksamana Chengho Mula di Indonesia
2015-02-22 15:12:47 CRI Cetak

Pakej pelancongan Laluan Laksamana Chengho dilancarkan secara rasmi di pulau Batam, Indonesia semalam. Majlis pelancaran itu diperhatikan bersama-sama oleh pegawai Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman, Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta kerajaan Kepulauan Riau Indonesia.

Dalam majlis itu, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Indroyono Soesilo menyatakan bahawa bekas laluan Laksamana Chengho telah menyaksikan pertukaran lawatan dan kerjasama antara Indonesia dengan China sejak Dinasti Han China (dari tahun 202 sebelum Masehi hingga tahun 200 Masehi) hingga sekarang serta sejarah yang indah mengenai perkahwinan antara puteri China dengan putera Indonesia. Sekarang kerajaan Indonesia sedang berusaha membina negaranya ke arah hab maritim, yang mana selaras dengan gagasan China untuk membangunkan "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21". Sehubungan dengan itu, Indonesia berharap meningkatkan kerjasama dengan China untuk mengembangkan ekonomi maritim.

Sementara itu, Atase Kebudayaan Kedutaan Besar China ke Indonesia, Jin Hongyue menyifatkan pakej pelancongan yang ditawarkan Indonesia tersebut merupakan tali yang menghubungkan rakyat kedua-dua negara yang mempunyai hubungan persahabatan yang bersejarah lama.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China