Cari:
Pelancongan Laluan Laksamana Chengho di Indonesia
2015-02-23 12:57:08 CRI Cetak

Pakej pelancongan Laluan Laksamana Cheng Ho dilancarkan secara rasmi di Pulau Batam, Indonesia baru-baru ini. Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh pegawai Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman, Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta kerajaan Kepulauan Riau Indonesia.

Dalam majlis itu, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Indroyono Soesilo, menyatakan bahawa bekas laluan Laksamana Cheng Ho telah menyaksikan pertukaran lawatan dan kerjasama antara Indonesia dengan China sejak Dinasti Han China (dari tahun 202 sebelum Masihi hingga tahun 200 Masihi) hingga sekarang serta sejarah yang indah mengenai perkahwinan antara puteri China dengan putera Indonesia. Sekarang, kerajaan Indonesia sedang berusaha membina negaranya ke arah hab maritim, yang mana selaras dengan gagasan China untuk membangunkan "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21". Sehubungan dengan itu, Indonesia berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan China untuk mengembangkan ekonomi maritim.

Dalam pada itu, Gabenor Wilayah Kepulauan Riau, Surya berkata, Pulau Batam merupakan destinasi pertama bagi Laksamana Cheng Ho dalam perjalanannya di Indonesia pada lebih 600 tahun lalu. Kunjungan beliau membawa perdagangan dan persahabatan. Kini, laluan baharu tersebut bukan sahaja memudahkan rakyat Indonesia dan China menjejak kembali tapak-tapak tinggalan sejarah, tetapi juga memperkukuh hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China