Cari:
Malaysia: Guna POTA Kekang Ancaman IS
2015-03-06 13:56:19 CRI Cetak

Ahmad Zahid Hamidi bertemu keluarga wanita mangsa kelar kes bunuh di Gua Musang, Allahyarham Yashmin Fauzi di Kota Bharu, semalam. Turut kelihatan suami mangsa, Mohd. Azrul Isahak (kiri).

Kementerian Dalam Negeri Malaysia berharap Rang Undang-Undang Antikeganasan (POTA) yang dijadual dibentangkan Mac ini mendapat sokongan semua ahli Parlimen bagi membolehkan akta baharu itu dilaksanakan secepat mungkin.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, POTA perlu disokong semua pihak kerana selain bukan untuk menggantikan mana-mana undang-undang sedia ada, akta itu penting bagi menangani ancaman keganasan terutama penularan agenda kumpulan militan Negara Islam (IS). Menurut beliau, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap anggota IS menerusi POTA jika melibatkan rakyat Malaysia atau pun rakyat luar negara yang datang ke Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, pihak polis sedang meneliti kesahihan klip video memaparkan anggota kumpulan militan IS dipercayai rakyat Malaysia bersubahat memenggal kepala seorang tahanan di Syria.

(Sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China