Cari:
Pakar dan Sarjana Negara ASEAN Hargai Laporan Kerja Kerajaan China
2015-03-06 14:33:00 CRI Cetak

Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 dirasmikan di Beijing semalam, Perdana Menteri, Li Keqiang membentangkan laporan kerja kerajaan dalam persidangan itu. Pakar dan sarjana negara ASEAN menyatakan bahawa laporan itu memperlihatkan keazaman kerajaan untuk mengintentifkan pembaharuan, dan merangka strategi pembangunan ekonomi dalam situasi baharu.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga sarjana Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Dr Oh Ei Sun menyatakan bnahawa dunia luar memenuhi harapan terhadap pembangunan ekonomi China yang stabil dan berterusan, khususnya berharap dapat mengambil bahagian dalam pelaksanaan dasar buka pintu kepada luar pusingan baharu China. Dalam laporan itu, China menegaskan untuk mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta melakukan inovasi dalam bidang tadbir urus sosial supaya negara lain lebih berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam pembangunan China tanpa halangan.

Ketua Persatuan Persahabatan Brunei Darrusalam-China, Ang Swee Chuan menyatakan bahawa asal sahaja China mempercepat langkah transformasi dan penaiktarafan industri serta meningkatkan taraf sains, teknologi, penyelidikan dan pengeluaran, negara ini barulah dapat memastikan pembangunan ekonomi dengan mantap, sihat dan seimbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China