Kerjasama maritim akan menjadi tema utama dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-12 dan menyediakan platform perdagangan yang baharu bagi Laluan Sutera Maritim.
Demikian dinyatakan oleh sekretariat CAEXPO baru-baru ini.
Beberapa tema ditetapkan sempena ekspo kali ini. Pertama, tahun ini merupakan "Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN", maka kerjasama maritim akan menjadi topik penting. Kedua, Hong Kong akan ditetapkan sebagai Bandar Yang Mempesonakan di China. Kerjasama antara Hong Kong dengan Tanah Besar China dan ASEAN akan ditingkatkan. Ketiga, Republik Korea akan diundang sebagai Negara Tetamu. Perkhidmatan CAEXPO akan diperluaskan daripada "10+1" kepada "10+6" yang turut memberikan manfaat kepada Republik Korea, Jepun, Australia, New Zealand, dan India.