Cari:
China, Thailand Sedia Perkasakan Kerjasama
2015-03-24 17:29:41 CRI Cetak

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu, ditemui Setiausaha Agung Suruhanjaya Keselamatan Thailand, Anusit Kunakorn di Beijing semalam.

Meng berkata, bersempena dengan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand, China bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan Thailand berdasarkan saling menghormati dan sama rata bagi mengembangkan persahabatan tradisional kedua-dua negara. China juga berharap agar badan penguatkuasa undang-undang kedua-dua negara dapat terus meningkatkan kerjasama yang pragmatik dalam memberikan sumbangan positif kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan serantau.

Anusit menyatakan, Thailand bersedia untuk mengadakan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan menaiktarafkan kerjasama keselamatan penguatkuasaan undang-undang kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China