China bersedia bersama-sama dengan Thailand terus meningkatkan pertukaran peringkat tinggi, memperkasa kerjasama pragmatik dalam bidang pembinaan landasan kereta api dan pertanian dan pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR).
Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ketika mengadakan pertemuan dengan Naib Perdana Menteri yang juga Menter Luar Thailand, Gen Tanasar Patimapragorn di Boao, provinsi Hainan semalam.
Menurut Yang, China dan Thailand perlu menjayakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara, mengukuhkan persahabatan rakyat kedua-dua pihak, dan mendrong hubungan China-Thailand berkembang secara berterusan.
Tanasar menyatakan, pihak Thailand akan giat mendorong pertukaran perlbagai peringkat Thailand-China, menyertai pembinaan "Satu jalur satu laluan", dan memperkasa kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China, serta bersama-sama dengan China untuk merayakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.