ASEAN akan menyelesaikan penubuhan Komuniti ASEAN yang berdasarkan tiga teras iaitu politik, ekonomi dan sosio-budaya pada penghujung tahun ini. Komuniti ini merupakan komuniti subkawasan pertama dalam sejarah Asia, dan membawa erti batu tanda.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam Forum Asia Boao yang sedang berlangsung di provinsi Hainan China semalam.
Menurut Wang, penubuhan Komuniti ASEAN bermanfaat bagi mewujudkan integrasi ekonomi Asia dan mendemokrasikan hubungan antarabangsa, selain berfaedah bagi order antarabangsa dan kawasan berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah. Sebagai kawan dan rakan ASEAN yang baik, China akan terus menyokong pembangunan ASEAN, pembinaan Komuniti ASEAN, dan kedudukan utama ASEAN dalam kerjasama di rantau Asia Timur. Demi menyokong pembinaan Komuniti ASEAN, China bersedia membincangkan kerjasama dan dialog antara negara-negara di kawasan pengaliran Sungai Lancang-Mekong untuk membantu negara anggota ASEAN merapatkan jurang perbezaan untuk mencapai perkembangan bersama. China berharap dan yakin pembinaan Komuniti ASEAN pasti akan mencapai kemajuan baharu atas usaha pelbagai negara ASEAN dan sokongan rakan dialog termasuk China.