Cari:
Upacara Persemadian Lee Kuan Yew Diadakan
2015-03-30 11:52:18 CRI Cetak

Upacara persemadian mendiang mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, diadakan di Universiti Nasional Singapura semalam.

Pada pukul 12.30 tengah hari semalam, keranda pengasas republik itu dikeluarkan dari bangunan Parlimen oleh pasukan yang terdiri daripada angkatan tentera darat, laut dan udara Singapura. Anak Sulung yang juga Perdana Menteri Singapura sekarang, Lee Hsien Loong dan anggota keluarga menyaksikan upacara tersebut.

Kira-kira 450,000 orang penduduk negara ini berbaris sepanjang jalan dalam hujan lebat bagi menyaksikan perarakan keranda mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, dan memberi penghormatan terakhir kepada pengasas republik itu bersempena dengan upacara persemadian pemimpin itu.

Tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan serta jet pejuang membentuk formasi penerbangan missing man dan dua kapal tentera laut menghasilkan perkataan L,K dan Y ketika mengiringi perarakan keranda pemimpin berusia 91 tahun itu sejauh 15.4 kilometer dari bangunan Parlimen dan berakhir di Universiti Nasional Singapura bagi upacara persemadian.

Pada pukul 2.00 petang semalam, upacara persemadian diadakan secara rasmi, yang dihadiri kira-kira 2200 orang wakil pemimpin dan tokoh politik pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China