Cari:
Plaza Moden Yang Pertama di Laos
2015-03-30 14:14:22 CRI Cetak

Plaza "Pusat Vientiane", iaitu pusat pelancongan dan kompleks beli-belah antarabangsa di Vientiane, Laos mula beroperasi semalam. Timbalan Perdana Menteri Laos, Somsavat Lengsawat, Duta Besar China ke Laos, Guan Huabing, dan wakil perdagangan Laos dan China yang berjumlah lebih 600 orang telah menghadiri upacara perasmian tersebut.

Plaza "Pusat Vientiane" dikendalikan bersama oleh Syarikat Pelaburan Seberang Laut Provinsi Yunnan Berhad dan Kumpulan Krittaphong Laos. Fasa pertama projek tersebut, iaitu kompleks beli-belah telah menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 300 orang, sekali gus menggalakkan pembangunan dan meningkatkan perindustrian di negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China