Cari:
Hon Sen: Bantuan China Galakkan Pembangunan Ekonomi Kemboja
2015-04-02 14:39:12 CRI Cetak

Majlis perasmian lebuh raya No.9 dan jambatan persahabatan China-Kemboja Stung Treng yang dibina dengan wang pinjaman keutamaan China dibuka kepada lalu lintas diadakan semalam. Perdana Menteri Kemboja, Hon Sen, ketika menghadiri majlis tersebut mengucapkan terima kasih atas bantuan kerajaan dan rakyat China kepada pembangunan Kemboja serta menyatakan bahawa bantuan China telah banyak menggalakkan pembangunan ekonomi negaranya.

Menurut beliau, dua projek tersebut merupakan laluan penting yang menghubungkan kawasan timur laut, utara dan barat laut Kemboja. Selain itu, projek tersebut juga akan memudahkan perkembangan perdagangan tempatan dan lawatan rakyat serta merangsang pembangunan kawasan timur laut negara itu. Kedua-dua projek itu merupakan hasil kerjasama Kemboja-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China