Cari:
MAS akan Buang 6,000 Pekerja 
2015-04-04 14:56:36 CRI Cetak

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan daripada Persatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tekad melaksanakan pelan penyusunan semulanya dengan mengurangkan sebanyak 6,000 pekerja.

Akhbar harian kewangan Malaysia, The Edge semalam melaporkan, lapisan pengurus akan menjalani proses pemberhentian terlebih dahulu. Pelan penyusunan semula syarikat itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesar MAS mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan berikutan kerugian syarikat itu

sekurang-kurangnya RM 4.1 bilion dalam tempoh tiga tahun lepas.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat tersebut berdepan dua tragedi besar, iaitu kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China