Cari:
PM Mahu Siasatan Terperinci Nahas Helikopter
2015-04-05 15:19:36 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan siasatan rapi dan terperinci dilakukan berhubung tragedi helikopter terhempas yang mengorbankan enam nyawa di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang semalam.

Beliau berkata, siasatan rapi itu perlu dilakukan dari segenap aspek untuk mengetahui punca sebenar kejadian yang me­ngorbankan individu penting dalam negara.

Najib dalam sidang akh­bar di lokasi nahas berkata, masih terlalu awal untuk mem­buat sebarang kesimpulan berhu­bung tragedi itu. Mengikut prosedur siasatan, identiti kesemua mang­sa tidak boleh disahkan selagi siasatan pihak forensik belum selesai.

Beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga yang terlibat dan meminta mereka supaya bersabar.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China