Sidang Kemuncak Asia-Afrika dan aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung bakal diadakan di Jakarta dan Bandung, Indonesia pada 19 hingga 24 April ini.
Pemimpin dari 35 buah negara termasuk Presiden China, Xi Jinping, delegasi dari 109 buah negara dan perwakilan dari 25 pertubuhan antarabangsa akan menghadiri aktiviti tersebut.
Indonesia telah menghantar 26 ribu anggota polis bagi menjalankan misi menjaga keselamatan di Jakarta dan Bandung.