Mesyuarat pegawai kanan kerajaan memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika dirasmikan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Jakarta hari ini. Mesyuarat itu bertemakan "Tingkatkan Kerjasama Selatan-Selatan, Galakkan Keamanan Dunia".
Seramai 88 pegawai kanan dari Asia dan Afrika, termasuk Naib Meneri Luar China, Liu Zhenmin turut menghadiri mesyuarat itu.
Menurut Kementerian Luar Indonesia, perwakilan dari 88 buah negara dan pemimpin dari 34 buah negara telah mengesahkan untuk menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung.
26 ribu askar dan 9700 anggota polis telah dihantar bagi menjalankan misi menjaga keselamatan dalam tempoh persidangan itu.