Hampir 20 ribu orang menyertai aktiviti persembahan Angklung, sejenis alat muzik tradisional Indonesia, di kota Bandung bagi memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung. Aktiviti tersebut sekali gus mencatat persembahan Angklung yang paling banyak pesertanya berbanding dengan 10 ribu orang sebelum ini.
Menteri Pariwisata Indonesia, Aarif Yahya berkata, persembahan Angklung yang mengutamakan konsep kerjasama ini selaras dengan harapan pelbagai negara Asia-Afrika yang saling bekerjasama demi masa depan yang lebih cerah.