Cari:
Pesawat Tentera Filipina Serbu ke Udara China
2015-04-25 15:29:08 CRI Cetak

Tentera China akan terus mengawasi keadaan udara dan perairan berkenaan untuk mencegah insiden yang mengancam keselamatan negara ini daripada berlaku. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Ada wartawan bertanya, dilaporkan bahawa pihak tentera udara Filipina kelmarin menyebut, sebuah pesawat tentera negara itu ketika meronda di udara berhampiran terumbu Subi Nansha, diusir oleh kapal perang China dengan menggunakan sinar kuat dan wayarles.

Bagaimanapun, Hong berkata, laporan tersebut tidak benar selepas disiasati. Tidak pernah berlaku keadaan seperti apa yang disebut dalam laporan berkenaan mengenai penggunaan sinar kuat. Dimaklumkan, memandangkan pesawat Filipina sudah banyak kali menyerbu ke udara di atas perairan berhampiran terumbu China pada beberapa hari kebelakangan ini, pasukan pertahanan terumbu China melaksanakan tindakan mengusir melalui wayarles mengikut undang-undang.

Tambah Hong, pasukan tentera CHina akan terus mengawasi keadaan di udara dan perairan berkenaan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China