Cari:
Asia-Afrika Diseru Warisi dan Semarakkan Semangat Bandung
2015-04-25 15:31:49 CRI Cetak

Negara-negara Asia-Afrika perlu mewarisi dan menyemarakkan semangat Bandung. Demikian seruan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung semalam.

Menurut beliau, pada 60 tahun lalu, Indonesia, India, Pakistan, Sri Lanka dan Myanmar, iaitu lima negara penganjur Persidangan Bandung yang mempunyai sasaran bersama, iaitu berjuang untuk kehidupan yang bebas, makmur dan adil, berjaya membentuk semangat Bandung.

Tambah beliau, kini, pemimpin atau wakil dari hampir seratus negara dan pertubuhan antarabangsa menghadiri Persidangan Pemimpin Asia-Afrika di Jakarta. Para hadirin mempunyai sasaran mirip untuk kesejahteraan rakyat, walaupun cabaran yang dihadapi mereka berbeza-beza. Negara-negara Asia-Afrika perlu mewujudkan sasaran tersebut melalui kerjasama yang sama rata.

Jokowi berkata, banyak negara Asia-Afrika termasuk Indonesia yang masih belum melepaskan diri daripada cengkaman kemiskinan, kelihatan ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju. Oleh sebab itu, negara-negara Asia-Afrika perlu bersama-sama meningkatkan kesalingfahaman, memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan, mendorong pelaksanaan dasar hidup secara damai, dan terus menyemarakkan semangat Bandung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China