Cari:
China Bidas Tuduhan Berkaitan dengan Isu Laut China Selatan
2015-04-27 17:54:29 CRI Cetak

Pembangunan terumbu di Laut China Selatan sememangnya dalam kedaulatan China, perkara tersebut rasional dan sah serta tidak menjejaskan negara lain. China membidas negara yang  menuduh China dan menjejaskan hubungan China-ASEAN untuk mengejar keuntungan sendiri.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, dalam sidang media petang tadi.

Hong Lei menyatakan bahawa China merupakan penyokong kuat dalam memelihara kedamaian serantau. China komited menyelesaikan isu Laut China Selatan mengikut pendekatan, iaitu pertikaian berhubung Laut China Selatan perlu diselesaikan oleh negara yang terbabit melalui rundingan damai, kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan perlu dipelihara bersama oleh China dan negara anggota ASEAN. China juga berharap agar negara berkenaan berusaha bersama dengan China untuk memelihara kedamaian dan kestabilan kawasan perairan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China