Cari:
Sidang Kemunak ASEAN ke-26 Berakhir di Langkawi
2015-04-28 12:36:55 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berakhir di Langkawi semalam. Para pemimpin negara-negara ASEAN telah mencapai konsensus mengenai kaedah merealisasikan penubuhan Komuniti ASEAN menjelang penghujung tahun ini, di samping menggubal pelan tindakan pembangunan ASEAN pada masa depan dan usaha-usaha mengeratkan hubungan dengan dunia luar.

Sidang kemuncak pada kali ini bertemakan "Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita" telah menerima pakai tiga deklarasi termasuk Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN Berorientasikan Rakyat, ASEAN Berpaksikan Rakyat', Deklarasi Langkawi mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dan Deklarasi Menginstitusikan Daya Tahan ASEAN dan Komunitinya dan Rakyat terhadap Bencana dan Perubahan Iklim.

Selain itu, para pemimpin ASEAN juga mengadakan mesyuarat khas mengenai pemansuhan halangan bukan tarif. Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat penubuhan Komuniti ASEAN menjelang penghujung tahun ini, negara-negara ASEAN perlu berusaha menghapuskan halangan bukan tarif, mempercepat integrasi pasaran modal dan kewangan dan menggalakkan pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan dan tenaga profesional secara menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China