Cari:
Pameran Indonesia-China di Jakarta
2015-04-28 15:46:09 CRI Cetak

Pameran Indonesia-China akan diadakan di Jakarta pada 8 hingga 10 Mei. Pameran ini adalah antara siri pameran yang ditawarkan Ekspo China-ASEAN, selepas Pameran China-Thailand diadakan. Pada ketika ini, kerja-kerja persiapan sedang giat dijalankan dan banyak syarikat China dan Indonesia mendaftar untuk menyertai pameran tersebut.

Kementerian Perdagangan Indonesia juga akan membantu kerja-kerja yang berkaitan dengan pameran tersebut.

Semasa pameran berlangsung, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menggalakkan perdagangan agar pameran tersebut dapat menjadi platform pertukaran dalam kalangan usahawan. Syarikat China akan membawa peralatan mesin dan elektrik, produk industri ringan, mineral dan bahan kimia, makanan dan barangan tempatan, ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan, tekstil, pakaian dan bahan pembinaan bagi memenuhi keperluan pasaran Indonesia dalam pameran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China