Cari:
China Prihatin Manifestasi ASEAN dalam Isu Laut China Selatan
2015-04-29 15:35:33 CRI Cetak

China menaruh keprihatinan pada manifestasi ASEAN mengenai isu Laut China Selatan yang dinyatakan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-26. Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei di Beijing semalam.

Sidang Kemucak ASEAN ke-26 semalam mengeluarkan Kenyataan Pengerusi yang berkongsi kebimbangan berhubung dengan langkah-langkah menebus guna tanah di Laut China Selatan, serta menegaskan betapa pentingnya memelihara kedamaian, keselamatan dan keamanan serta kebebasan pelayaran dan lintas udara di kawasan perairan tersebut. ASEAN menggesa pihak-pihat terbabit melaksanakan Deklarasi Kod Tatalaku (DoC) di Laut China Selatan secara menyeluruh, berkesan dan lengkap, di samping menggalakkan rundingan agar Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan yang efektif dapat dimuktamadkan dengan secepat mungkin.

Hong Lei menyatakan bahawa China mengekalkan pendirian tegas, iaitu isu Laut China Selatan bukan isu antara China dengan ASEAN. China bukan sahaja berusaha memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah serta hak dan kepentingan laut negara sendiri, tetapi juga sentiasa mempertimbangkan kedamaian dan kestabilan serantau dan komited dalam menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dengan negara yang terlibat berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa, di samping mengamalkan kesabaran dalam menangani isu berkenaan.

Hong Lei menegaskan bahawa pembinaan terumbu di Laut China Selatan adalah dalam kedaulatan China, perkara tersebut rasional dan sah serta tidak menjejaskan negara lain. China membidas negara yang menuduh China dan menjejaskan hubungan China-ASEAN untuk mengejar keuntungan peribadi.

Hong Lei menyatakan bahawa China sangat mementingkan hubungan dengan ASEAN. Kedua-dua pihak seharusnya mengamalkan semangat saling menghormati dan saling mempercayai serta mengendalikan hubungan secara strategik dan berpandangan ke hadapan demi mewujudkan saling menguntungkan dan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China