Cari:
Wawasan 2020 Malaysia Dijangka Dapat Direalisasikan
2015-04-30 14:14:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Agensi Penganalisis Kewangan Britain, IHS Global Insight menyatakan bahawa purata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2016 hingga tahun 2020 dijangka akan mencatat 5.2%, dan pendapatan per kapita akan meningkat sebanyak USD 21 ribu(RM 74.62 ribu) pada tahun 2025 daripada USD 10 ribu(35.53 ribu) pada tahun 2015. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapat tinggi akan direalisasikan menjelang tahun 2020.

Ketua pakar ekonomi Asia-Pasifik IHS Global Insight, Rajiv Biswas berkata, walaupun dalam jangka masa pendek, prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dipengaruhi oleh harga minyak antarabangsa jatuh merundum, namun ekonomi Malaysia masih bertahan dan mampu menghadapi impak berikutan eksport yang pelbagai.

Dimaklumkan dasar pembaharuan ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia pada masa ini, seperti pemansuhan subsidi peroleum dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), turut membantu membaiki keadaan fiskal kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China