Cari:
Hubungan Australia-Indonesia Perlu Dipulihkan
2015-05-02 15:34:30 CRI Cetak

Hubungan Australia-Indonesia perlu dipulihkan "secepat mungkin" selepas mayat dua pesalah dadah yang dihukum mati di Indonesia dua hari lalu dihantar pulang ke Australia. Demikian dikatakan oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Sydney semalam.

Tony Abbott berkata, walaupun kebanya­kan rakyat Australia ma­sih marah dengan kejadian itu, namun demi kepentingan terbaik semua pihak, hubungan Australia-Indonesia perlu dipulihkan. Tanda-tanda ke arah pemulihan itu dilihat sangat menggalakkan selepas Duta Indonesia ke Australia, Nadjib Riphat Kesoema melahirkan rasa simpati kepada keluarga pesalah berkenaan.

Abbott menegaskan kepentingan hubungan perdaga­ngan dengan Indonesia yang disifatkan sebagai negara paling pen­ting dari segi saiz, jarak, dan kuasa pembangunan negara itu.

(Sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China