Kelab Putera 1Malaysia menghantar seramai 26 sukarelawan bagi melaksanakan misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Nepal, pagi ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan pertama itu membawa ubat-ubatan, peralatan kecemasan dan makanan yang bernilai AS$150,000 (RM539,070) untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi. Sebanyak 10,000 helai selimut yang ditempah khas di China akan dibawa ke Nepal oleh kumpulan kedua.
(Sumber dari UTUSAN Malaysia)