Cari:
Kadar Pengangguran Singapura Turun Sedikit
2015-05-04 15:41:48 CRI Cetak

Kadar pengangguran di Singapura kekal rendah dan berada dalam aliran menurun sejak empat suku lepas apabila pasaran buruh terus kukuh.

Kadar pemberhentian pekerja berkurangan dalam kebanyakan industri dan kadar pengangguran bagi warganegara dan pemastautin rendah pada suku pertama 2015.

Peluang pekerjaan terus berkembang, walaupun pada kadar perlahan berbanding dengan tempoh bermusim tinggi pada akhir tahun lepas.

Ini merupakan dapatan awal utama daripada laporan "Situasi Pekerjaan, Suku Pertama 2015" yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyelidikan Tenaga Kerja dan Perangkaan, Kementerian Tenaga Kerja (MOM) Sabtu lalu.

Menurut laporan itu, anggaran awal menunjukkan keseluruhan pelarasan bermusim kadar pengangguran turun daripada 1.9 peratus pada Disember 2014 kepada 1.8 peratus pada Mac 2015.

Begitu juga, kadar pengangguran turun pada suku itu bagi pemastautin daripada 2.7 peratus kepada 2.5 peratus, dan bagi warganegara daripada 2.7 peratus kepada 2.6 peratus.

MOM berkata kadar pekerjaan pada Mac 2015 meningkat sebanyak 2.9 peratus yang menjadikan jumlah bilangan pekerja sebanyak 3,624,200 orang.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China