Cari:
Malaysia, Thailand Kongsi Maklumat Pemerdagangan Manusia
2015-05-07 14:17:11 CRI Cetak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Polis Thailand untuk berkongsi maklumat berhubung dengan sindiket pemerdagangan manusia yang aktif di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Dalam usaha membanteras kegiatan tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Thailand di Phuket, Thailand minggu depan.

Menurut beliau, setiap jabatan PDRM sentiasa berhubung dengan Polis Thailand, dan negeri-negeri di sempadan seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan memang mempunyai hubungan baik dengan mereka dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenai sindiket pemerdagangan manusia Thailand yang menjadikan kira-kira 250,000 rakyat Bangladesh sebagai tawaran pertukaran dengan wang tebusan sejak lapan tahun lalu dan mengutip berjuta-juta baht hasil kegiatan tersebut.

Akhbar itu melaporkan pendatang terbabit dijanjikan pekerjaan dan kehidupan lebih baik di Malaysia dengan kebanyakan mereka adalah dari negara-negara miskin yang menjadikan Thailand sebagai transit sebelum ke Malaysia.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China