Cari:
Kerjasama Infrastruktur China, Thailand Dipergiat
2015-05-08 11:34:07 CRI Cetak

China bersedia untuk berganding bahu dengan Thailand bagi menjayakan projek pembinaan landasan kereta api kedua-dua negara dan projek infrastruktur lain di bawah rangka "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR).

Anggota Dewan Negara China, Yang Jing berkata demikian ketika menemui Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha di Bangkok semalam.

Yang berpendapat, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan dan penguatkuasaan undang-undang perlu diperkasakan demi menjadikan hubungan rakan kerjasama strategik tersebut melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Prayuth mengulangi pentingnya merapatkan hubungan dengan China dan berharap agar dapat menimba pengalaman mentadbir negara daripada kuasa terbesar di Asia itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China