Cari:
MH370: Penemuan Bangkai Kapal Berikan Harapan
2015-05-15 11:39:34 CRI Cetak

Penemuan bangkai kapal di selatan Lautan Hindi mengembalikan harapan untuk menemukan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lepas. Demikian dikatakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Beliau berkata, peralatan Furgo Equator amat sensitif, dan boleh merekodkan komposisi dasar laut pada kedalaman sehingga 6,000 meter.

Furgo Equator, kapal yang ditugaskan untuk menjejaki pesawat tersebut, mengesan "isyarat kecil sonar" menurut maklumat terkini yang diterima dari Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).

Liow berkata, kawasan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diperluas sehingga 60,000 kilometer persegi lagi jika tiada hasil yang ditemukan menjelang akhir bulan ini. Malaysia, China dan Australia telah memberikan komitmen untuk meneruskan usaha pencarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China