Cari:
Malaysia Pandang Serius Isu Pelarian Rohingya
2015-05-16 16:24:00 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia memandang serius jenayah pemerdagangan manusia membabitkan pelarian etnik Rohingya yang ketika ini dipercayai hanya menunggu masa untuk masuk ke negara itu secara haram.

Serentak itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengambil sikap bertolak ansur dalam isu tersebut sebaliknya akan menghukum pihak yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tegas beliau, selaku negara yang prihatin dalam soal kemanusiaan, Malaysia akan mengambil segala langkah perlu untuk menangani krisis berkenaan terutama bagi menjamin keselamatan mangsa.

Laporan media sebelum ini mendakwa terdapat lebih 8,000 pelarian Rohingya dari Myanmar serta Bangladesh dikesan berada di tengah laut dalam cubaan mereka untuk memasuki Malaysia secara haram.

Sebahagian daripada pelarian tersebut bagaimanapun dikesan telah hanyut ke Indonesia, menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengambil langkah memperketatkan kawalan di perairan masing-masing.

Najib dalam pada itu berkata, isu kebanjiran pelarian etnik Rohingya akibat pergolakan kemanusiaan Myanmar, merupakan isu serantau dan antarabangsa yang perlu dicari kaedah penyelesaiannya dengan segera.

--sumber dari Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China