Ekspo Perabot China-ASEAN ke-2 yang kini diadakan di bandar Chongqing, China menyediakan wadah kepada pengusaha perabot dari negara ASEAN untuk menerokai pasaran China yang potensinya amat besar. Pengusaha asing yang menyertai ekspo tersebut turut melahirkan harapan supaya pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) dapat merancakkan pengeksportan perabot ke pelbagai tempat di negara ini.
Ekspo ini disertai lebih 100 syarikat asing termasuk dari negara-negara ASEAN, Nepal, Kenya dan Tanzania serta lebih 3,000 syarikat China.