China menyuarakan kebimbangan berikutan laporan media bahawa Indonesia bertindak meletupkan sebuah kapal nelayan China.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, China sedang mengenal pasti keadaan berkenaan dan meminta Indonesia memberi penjelasan.
Menurut jurucakap itu, kerjasama perikanan merupakan komponen penting dalam kerjasama yang saling menguntungkan antara China dan Indonesia. China sentiasa menggesa Indonesia memperkasakan kerjasama dua hala ini dengan sikap membina, di samping melindungi hak dan kepentingan sah syarikat China.
Pihak Indonesia dilaporkan meletupkan 41 buah kapal nelayan asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan perikanan haram pada 20 Mei lalu. Kapal-kapal tersebut adalah berasal dari China, Vietnam, Thailand dan Filipina.