Cari:
Latihan Maritim Bersama Tentera Laut China-Singapura
2015-05-25 13:26:54 CRI Cetak

Kapal Yulin China

Kapal Yulin milik Tentera Laut China bertolak dari Pangkalan Changi Singapura pada pukul 9.00 pagi semalam untuk memulakan sesi latihan maritim "Kerjasama China-Singapura 2015" secara rasmi.

Selepas bertolak dari pelabuhan tersebut, kapal Yulin bersama-sama dengan frigat dan kapal peronda Singapura yang dilengkapi peluru berpandu berlayar ke kawasan perairan sebelah timur Semenanjung Malaysia untuk membuat persiapan mengadakan latihan tembakan meriam. Latihan tersebut merupakan kandungan utama dalam sesi latihan kali ini kerana kedua-dua pihak buat kali pertama menggunakan senjata dalam sesi latihan tersebut.

Menurut komander frigat Yulin, Zhang Mingqiang, tiga kapal perang kedua-dua pihak akan menjalani latihan yang melibatkan pertahanan serangan udara, pertempuran maritim, pendaratan helikopter dan pergerakan armada. Latihan tersebut dijangka berakhir petang ini waktu tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China