Cari:
Ismail Sabri Lawat China Promosi Produk Halal Malaysia
2015-05-25 14:53:01 CRI Cetak
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan kerja sembilan hari ke China bermula hari Sabtu lalu untuk mempromosikan produk halal Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, lawatan beliau meliputi beberapa bandar dan provinsi di China, iaitu Xi'an, Chengdu, Xining, Fujian, Shenzen dan Hong Kong.

Lawatan kerja tersebut bermula dengan perasmian Minggu Halal Malaysia pada hari Isnin dan Seminar Halal pada hari Selasa di Xi'an.

Beliau dijadualkan melawat ke Pusat Perdagangan dan Teknologi Halal ASEAN di Xining pada Rabu nanti.

"Pada hari Jumaat, beliau dijangka merasmikan produk pertanian berasaskan durian di Fujian," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, pada 31 Mei, iaitu hari terakhir lawatan berkenaan, Ismail Sabri dijadualkan melawat ke tapak Agrobazaar di Hong Kong.

Lawatan kerja kali ini turut disertai pegawai kanan dari pelbagai agensi di bawah kementerian seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China