Cari:
Rundingan COC Capai Kemajuan
2015-05-26 12:51:23 CRI Cetak

Rundingan antara China dengan negara-negara ASEAN mengenai Kod Tatalaku (CoC)di Laut China Selatan telah mencapai kemajuan yang menggalakkan. Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.

Hua berkata, sekarang China dan negara-negara ASEAN sedang mengadakan rundingan mengenai CoC berdasarkan kerangka Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan (DoC)di Laut China Selatan secara holistik. Rundingan berkenaan telah mencapai kemajuan yang menggalakkan .

Hua menyatakan bahawa AS tidak terlibat dalam isu Laut China Selatan. Mereka sepatutnya menghormati usaha China dan negara-negara ASEAN dalam menangani isu Laut China Selatan. AS diminta agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan berhati-hati dalam mengambil tindakan supaya suasana rundingan yang aman dapat diwujudkan dan tidak menimbulkan sebarang kerumitan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China