Cari:
139 Kubur Besar, Kecil di Wang Kelian
2015-05-26 15:10:46 CRI Cetak

Lokasi pemerdagangan manusia yang dibongkar Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Wang Kelian di sempadan negeri Perlis dan Thailand, disahkan mengandungi sebanyak 139 buah kubur besar dan kecil dipercayai milik pendatang asing.

Turut ditemukan di lokasi yang terletak hanya kira-kira 100 meter dari negara jiran itu ialah petempatan warga asing berpagar kawat duri yang di dalamnya terdiri daripada 28 buah bangsal dan khemah pelbagai saiz.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lokasi tersebut telah beroperasi sejak 2013 dan kali terakhir ditinggalkan kira-kira dua minggu lalu berdasarkan penemuan peralatan memasak dan makanan yang masih baharu.

Sebanyak 247 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), 100 anggota forensik dan pasukan perubatan kini ditugaskan untuk menggali kubur-kubur berkenaan dan menyempurnakan mayat-mayat bermula hari ini, selain mengumpulkan bukti-bukti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berpuas hati dengan hasil operasi yang telah dijalankan bermula 11 Mei lalu dan tamat kelmarin serta percaya telah dapat meliputi keseluruhan kawasan sempadan di negeri berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China