Cari:
Latihan Tentera Laut China-Singapura Berakhir
2015-05-26 15:34:27 CRI Cetak

Latihan tentera laut dua hala dengan nama kod "Kerjasama China-Singapura 2015" yang disertai peluru berpandu frigat dan kapal Yulin milik Tentera Laut China dan dua kapal perang Tentera Laut Singapura berakhir dengan lancar di kawasan perairan sebelah timur Semenanjung Malaysia semalam.

Lima latihan yang terlibat dalam sesi latihan kali ini termasuklah tembakan meriam, pertahanan serangan udara, pertempuran maritim, pendaratan helikopter dan pergerakan armada.

Komander kapal Yulin, Zhang Mingqiang menyatakan bahawa tentera laut kedua-dua negara seterusnya akan meningkatkan kerjasama dalam perkongsian maklumat, bantuan kemanusiaan antarabangsa dan usaha mengatasi ancaman bukan tradisional. Pegawai Tentera Laut Singapura berpendapat latihan yang bakal diadakan pada tahun depan boleh dilaksanakan mengikut model kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China