Cari:
Filipina Tetap Tuntut Sabah daripada Malaysia
2015-05-27 14:34:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Dasar Filipina untuk menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah telah wujud sejak sekian lama, tetap tidak pernah berubah. Jurucakap Kementerian Luar Filipina, Charles Jose berkata demikian semalam.

Baru-baru ini, Presiden Filipina, Benigno Aquino III ketika diwawancara oleh media menyatakan bahawa negaranya tidak akan melepaskan tuntutan untuk memiliki hak kedaulatan ke atas Sabah.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Malaysia memanggil Menteri Penasihat Kedutaan Besar Filipina di Malaysia dan melalui siaran akhbar menegaskan lagi bahawa sejak 16 bulan September 1963, PBB dan masyarakat antarabangsa telah mengesahkan negeri Sabah merupakan sebahagian wilayah Malaysia. Malaysia tidak akan mengakui dan akan mengabaikan sebarang tuntutan ke atas Sabah yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China