Cari:
China Harap Filipina Selesaikan Pertikaian melalui Rundingan
2015-05-27 13:50:39 CRI Cetak

China berharap agar Filipina menghentikan tindakan provokasi yang mencetuskan perselisihan, dan kembali ke saluran yang betul, iaitu menyelesaikan isu melalui rundingan.

Demikian dikatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam sebagai respons terhadap kenyataan beberapa pegawai kerajaan Filipina termasuk Presiden negara itu mengenai jet peronda negaranya akan terus berada di ruang udara di kawasan pertikaian Laut China Selatan dan mendakwa China tidak boleh mengerasi negara yang kecil. Jurucakap Tentera Udara Filipina juga berkata, jet pejuang Filipina akan melakukan penerbangan mengikut garisan rondaan jet pejuang AS.

Hua menegaskan bahawa China kerap kali telah menyatakan pendirian tentang perkara tersebut. China menjelaskan kepada Filipina bahawa China tidak akan mengerasi negara yang kecil, namun negara yang kecil juga tidak boleh terus-menerus melakukan provokasi dengan sengaja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China