Cari:
Mesyuarat Mekanisme Pertukaran Sosiobudaya Peringkat Timbalan Perdana Menteri di Jakarta
2015-05-28 11:34:04 CRI Cetak

Mesyuarat Mekanisme Pertukaran Sosiobudaya Peringkat Timbalan Perdana Menteri China-Indonesia diadakan di Jakarta semalam. Mesyuarat tersebut menerima surat tahniah daripada Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Xi Jinping dalam suratnya menyatakan bahawa sejak perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia dibentuk pada Oktober 2013, kesalingpercayaan politik terus meningkat, kerjasama pragmatik amat berhasil dan mendatangkan faedah kepada rakyat kedua-dua negara. Beliau yakin pelaksanaan mekanisme pertukaran sosiobudaya akan membantu pertukaran bilateral dan kerjasama dalam bidang sosiobudaya, menggalakkan rakyat kedua-dua negara saling memahami antara satu sama lain, sekaligus memperkukuh asas pembangunan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Jokowi pula menyatakan bahawa pembentukan mekanisme tersebut adalah konsensus yang telah dicapai oleh kedua-dua pihak, tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi mengembangkan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China