Cari:
Jokowi Ditemui Liu Yandong
2015-05-28 13:11:55 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah ditemui Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong di Jakarta semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Liu Yandong berkata, lawatan beliau bertujuan untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai Presiden kedua-dua negara. Mesyuarat mekanisme pertukaran sosiobudaya peringkat timbalan Perdana Menteri China-Indonesia yang diadakan di Jakarta adalah untuk mempererat kerjasama kedua-dua pihak dalam pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, kesihatan, media dan kalangan belia agar tahap pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara dapat ditingkatkan secara komprehensif.

Ini merupakan mekanisme pertukaran sosiobudaya peringkat tinggi yang pertama bagi China dengan negara membangun. Beliau yakin mekanisme tersebut akan memperkukuh mekanisme kesalingpercayaan politik, kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan, hubungan bilateral dan pandangan rakyat bagi menjamin perkembangan hubungan dua hala yang sihat dan berterusan sekali gus meningkatkan kerjasama serantau.

Jokowi pula berharap agar pelbagai jabatan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat kedua-dua negara dapat saling berkomunikasi, mempererat kerjasama dalam bidang maritim, ekonomi dan perdagangan, kereta api berkelajuan tinggi dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China