Sejak tahun 2008, China tidak pernah mengeksport beras ke Indonesia dan "beras plastik" yang didakwa ditemukan di Indonesia tiada kaitan dengan syarikat China. Demikian dinyatakan pegawai Bahagian Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China semalam.
Pegawai tersebut menjelaskan, menurut peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan perjanjian China terhadap peraturan WTO, pengeksportan beras China dijalankan oleh syarikat milik negara dan dikawal mengikut kuota. Sekarang hanya ada dua syarikat sahaja yang terlibat dalam pengeksportan tersebut, iaitu Syarikat COFCO dan Syarikat Import Eksport Kumpulan Biji-bijian Jilin.
Menurut pegawai tersebut, China memberikan perhatian serius tentang perkara tersebut dan berharap agar Indonesia menyiasat dan membongkar kes tersebut dengan secepat mungkin. Sehubungan dengan itu, jabatan kedua-dua negara diharapkan dapat meningkatkan kerjasama keselamatan makanan demi menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan dua hala berkembang dengan baik.